Thursday, April 1, 2010

Terburu-buru...

Kadang kala tanpa disedari, kita selalu mahukan apa yang dihajati cepat diperolehi. Sekali doa atau hanya sekali tindakan terus inginkan hasilnya, bukan itu saja tetapi hasilnya juga mahu yang 'lumayan'.

Ini biasanya jarang berlaku atau tidak berlaku langsung. Segala yang kita perlolehi biasanya adalah hasil kerja yang berterusan dalam tempoh masa yang tidak sekejap. Mungkin kita ingin menjadi kaya atau menegur seseorang atau naik pangkat dan sebagainya. Proses mencapainya sudah tentu memakan masa. Segala usaha yang tepat perlu dilaksanakan sesuai dengan target yang ingin dicapai.

Kalau ingin menjadi kaya sudah tentu perlu mematuhi 'adat resam' yang sesuai. Kerja mesti lah 'smart' bukan sahaja kuat. Perancangan sudah pasti perlu ada: perancangan simpanan, pelaburan, sumbangan, perbelanjaan dan yang berkaitan dengannya. Tanpa kita sedari, banyak ilmu yang perlu dipelajari atau diperolehi dalam proses menjadi kaya itu, samada tercapai atau tidak hasrat itu.

Kalau ingin menegur seseorang tidak semestinya secara 'direct' dan terus terang. Kadang kala cara yang terlalu sembrono begitu menghasilkan sesuatu yang sebaliknya. Kawan boleh menjadi lawan, suami isteri boleh bergaduh dan seumpamanya. Menegur yang buruk supaya menjadi baik mungkin berkesan melalui teladan. Ingin kan orang lain berbuat baik perlu lah menjadikan diri contoh melakukan yang terbaik. 'Action speaks louder than word'. Walaupun hasilnya mungkin tidak sepantas yang diinginkan, tetapi prosesnya mendidik kita tentang kesabaran, kemanusian, dan yang paling penting ialah proses yang lama meninggalkan kesan kejayaan yang kekal lama. Yang ditegur bukan berubah kerana teguran tetapi kerana kehendak hati sendiri dan ia biasanya meninggalkan kesan yang mendalam.

Begitu lah juga, kalau ingin naik pangkat perlulah mengikut landasan yang betul. Kalau dipijak kepala orang lain di lain masa kepala kita dipijak juga adalah tidak mustahil. Duit, pangkat dan kedudukan hanya 'dunia' sementara, dan tidak lah mereka kekal menongkat langit.
Begitulah adanya...

No comments: