Friday, April 9, 2010

Macam mana nak tau...

Sifat manusia susah untuk dinilai kerana kita tidak tahu apa yang ada di benak sanubari mereka. Seseorang mungkin nampak baik, tetapi selepas kita kenal barulah diketahui sifat sebenar yang mungkin tidak sama seperti luarannya. Begitu juga sebaliknya. Jadi bagaimana hendak menilai seseorang samada mempunyai sifat yang baik atau buruk.

Cara yang paling praktikal ialah melihat tindak tanduknya semasa marah. Ya, marah. Semasa marah ialah masa paling tepat kita melihat 'wajah' sebenar seseorang. Kalau ia dapat bersabar dan menangani masalah semasa marah dengan sempurna, percayalah, di masa lain, di masa tenang sudah tentu semua perkara dapat dihadapai dengan waras dan tabah.

Tetapi kalau masa marah, habis semua yang dapat dicapai dibalingnya, dilontarnya, segala yang diucap tidak terkawal, maka itu lah sifatnya sebenarnya. Walaupun di masa ia gembira sifatnya sangat sopan dan berhemah, akan tiba ketikanya deraan mungkin berlaku bila tiba kemarahan yang melampau, kerana sifat marah tidak boleh hilang dari manusia.

Fikirkan sejenak...

1 comment:

Bulan said...

ya tepat sekali...