Friday, April 16, 2010

Baca dan faham...

Boleh bayangkan seseorang membaca surat khabar tetapi tidak faham apa yang dibaca. Membaca majalah atau buku akademik atau cerita tanpa memahaminya tentu menjadi satu keanihan yang melampau.

Tetapi orang boleh membaca buku agung tanpa memahami apa yang dibaca. YA membaca Al Quran sudah bertahun-tahun tetapi langsung tidak memahai maksud dan maknanya. AlQuran diturunkan untuk panduan dan ilmu. Bagaimana hendak mengamalkan apa yang dibaca apabila tidak memahami apa yang tertulis di dalamnya.

Tumpuan lebih banyak kepada lagu dan irama. Saranan dibuat supaya umat menjadi maju dan berjaya. Ilmu yang diwahyukan hilang begitu saja. Hendak beramal tentu perlu faham apa isi kandungannya.

Alangkah ruginya..

1 comment:

Cik Su Life Cycle said...

nak reply komen awak di blog tu, hehe.. kalau dapat biasiswa swasta pun tak leh amek dua dua rasenya.. kalau universiti atau JPa detect awak akan kena saman.. tu dulu la, time saya dulu... tak tau la kalau time awak boleh lak