Hanya di fikiran...

Sunday, May 15, 2011

Unta...apa kelebihannya?















Lagikan unta ada kelebihannya..apalagi kita sebagai insan..tentu banyak kelebihan dan kebijaksanaannya...

Friday, April 16, 2010

Baca dan faham...

Boleh bayangkan seseorang membaca surat khabar tetapi tidak faham apa yang dibaca. Membaca majalah atau buku akademik atau cerita tanpa memahaminya tentu menjadi satu keanihan yang melampau.

Tetapi orang boleh membaca buku agung tanpa memahami apa yang dibaca. YA membaca Al Quran sudah bertahun-tahun tetapi langsung tidak memahai maksud dan maknanya. AlQuran diturunkan untuk panduan dan ilmu. Bagaimana hendak mengamalkan apa yang dibaca apabila tidak memahami apa yang tertulis di dalamnya.

Tumpuan lebih banyak kepada lagu dan irama. Saranan dibuat supaya umat menjadi maju dan berjaya. Ilmu yang diwahyukan hilang begitu saja. Hendak beramal tentu perlu faham apa isi kandungannya.

Alangkah ruginya..

Friday, April 9, 2010

Macam mana nak tau...

Sifat manusia susah untuk dinilai kerana kita tidak tahu apa yang ada di benak sanubari mereka. Seseorang mungkin nampak baik, tetapi selepas kita kenal barulah diketahui sifat sebenar yang mungkin tidak sama seperti luarannya. Begitu juga sebaliknya. Jadi bagaimana hendak menilai seseorang samada mempunyai sifat yang baik atau buruk.

Cara yang paling praktikal ialah melihat tindak tanduknya semasa marah. Ya, marah. Semasa marah ialah masa paling tepat kita melihat 'wajah' sebenar seseorang. Kalau ia dapat bersabar dan menangani masalah semasa marah dengan sempurna, percayalah, di masa lain, di masa tenang sudah tentu semua perkara dapat dihadapai dengan waras dan tabah.

Tetapi kalau masa marah, habis semua yang dapat dicapai dibalingnya, dilontarnya, segala yang diucap tidak terkawal, maka itu lah sifatnya sebenarnya. Walaupun di masa ia gembira sifatnya sangat sopan dan berhemah, akan tiba ketikanya deraan mungkin berlaku bila tiba kemarahan yang melampau, kerana sifat marah tidak boleh hilang dari manusia.

Fikirkan sejenak...

Sunday, April 4, 2010

Tidak cukup syarat...

Peraturan ialah sesuatu yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan sesuatu tugas. Biasanya ia menjelaskan apa yang patut dibuat dari mula hingga akhir sehingga tugas itu selesai dengan sempurna. Mana-mana peraturan yang tidak dipatuhi kemungkinan besar menjejaskan kesempurnaan tugas yang diamanahkan.

Peraturan biasanya wujud dalam dua 'dunia': abstrak dan nyata. Kalau diperhatikan apa yang dilakukan semasa solat, ia bermula dengan niat (abstrak), yang juga boleh dikategorikan sebagai doa. Niat bertujuan menfokuskan apa yang akan dilaksanakan seterusnya. Bermula dari takbir hinggalah salam terakhir, semuanya pergerakan fizikal (nyata), yang juga boleh dikategorikan sebagai 'usaha'.

Banyak kali kita perhatikan banyak yang diusahakan tidak mencukupi syarat 'niat' dan 'usaha'. Kalau ada masalah dengan anak, suami atau isteri, rakan-rakan banyak usaha penyelesaian hanya dalam bentuk 'niat' sahaja, biasanya dalam bentuk doa semata. Bukan maksudnya doa tidak perlu tetapi usaha ke arah mencapai doa perlu juga dititik beratkan.

Anak malas belajar, dibaca doa supaya anak rajin tanpa dilakukan 'usaha' fizikal bagaimana cara belajar dengan berkesan dan menyeronokan. Tidak disusuli dengan kaedah belajar secara 'smart', tiada juga teknik belajar yang diamalkan oleh orang yang telah berjaya, mana munasabah doa akan dimakbulkan.

Suami isteri bermasalah diberi doa untuk meredakan kemarahan atau masalah, tanpa disusuli dengan mempelajari teknik komunikasi berkesan bagaimana menyelesaikan masalah yang timbul. Masalah yang dihadapi tidak dicari punca dan dikenalpasti sebab utamanya. Mana mungkin kita mencari sesuatu jika tidak tahu dimana tempatnya.

Masalah dengan rakan-rakan boleh diatasi dengan doa DAN usaha mempelajari dan mengamalkan teknik komunikasi di antara insan (human communication skills). Setakat kita berdoa tanpa berterus terang apa masalah kita dengan mereka sulit untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Doa sahaja tanpa tindakan susulan biasanya lambat berkesan, seolah-olah tidak cukup kedua-dua syarat itu. Semua syarat perlu dipatuhi barulah impian dapat dikabulkan...insyaAllah.

Thursday, April 1, 2010

Terburu-buru...

Kadang kala tanpa disedari, kita selalu mahukan apa yang dihajati cepat diperolehi. Sekali doa atau hanya sekali tindakan terus inginkan hasilnya, bukan itu saja tetapi hasilnya juga mahu yang 'lumayan'.

Ini biasanya jarang berlaku atau tidak berlaku langsung. Segala yang kita perlolehi biasanya adalah hasil kerja yang berterusan dalam tempoh masa yang tidak sekejap. Mungkin kita ingin menjadi kaya atau menegur seseorang atau naik pangkat dan sebagainya. Proses mencapainya sudah tentu memakan masa. Segala usaha yang tepat perlu dilaksanakan sesuai dengan target yang ingin dicapai.

Kalau ingin menjadi kaya sudah tentu perlu mematuhi 'adat resam' yang sesuai. Kerja mesti lah 'smart' bukan sahaja kuat. Perancangan sudah pasti perlu ada: perancangan simpanan, pelaburan, sumbangan, perbelanjaan dan yang berkaitan dengannya. Tanpa kita sedari, banyak ilmu yang perlu dipelajari atau diperolehi dalam proses menjadi kaya itu, samada tercapai atau tidak hasrat itu.

Kalau ingin menegur seseorang tidak semestinya secara 'direct' dan terus terang. Kadang kala cara yang terlalu sembrono begitu menghasilkan sesuatu yang sebaliknya. Kawan boleh menjadi lawan, suami isteri boleh bergaduh dan seumpamanya. Menegur yang buruk supaya menjadi baik mungkin berkesan melalui teladan. Ingin kan orang lain berbuat baik perlu lah menjadikan diri contoh melakukan yang terbaik. 'Action speaks louder than word'. Walaupun hasilnya mungkin tidak sepantas yang diinginkan, tetapi prosesnya mendidik kita tentang kesabaran, kemanusian, dan yang paling penting ialah proses yang lama meninggalkan kesan kejayaan yang kekal lama. Yang ditegur bukan berubah kerana teguran tetapi kerana kehendak hati sendiri dan ia biasanya meninggalkan kesan yang mendalam.

Begitu lah juga, kalau ingin naik pangkat perlulah mengikut landasan yang betul. Kalau dipijak kepala orang lain di lain masa kepala kita dipijak juga adalah tidak mustahil. Duit, pangkat dan kedudukan hanya 'dunia' sementara, dan tidak lah mereka kekal menongkat langit.
Begitulah adanya...